Selamat Datang!

Diruangan ini aku kongsikan pengalaman aku membida kenderaan yg dilucuthak oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia

Semoga sedikit sebanyak terjawab persoalan anda tentang perjalanan tender dilakukan dan bagaimana untuk menyertainya untuk mendapat kereta idaman anda selama ini :)

Total Pageviews

Honda Integra 2003 Reserve Price RM23,000

Kereta Honda Integra ini dilelong dengan harga simpanan serendah RM23,000 sahaja!

Toyota Wish 2003 Reserve Price: RM23,000

MPV Toyota Wish ini dilelong dengan harga simpanan serendah RM23,000 sahaja!

Mini Cooper 2005 Reserve Price: RM64,000

Kereta Mini Cooper ini dilelong dengan harga simpanan serendah RM64,000 sahaja!

BMW 318i 2001 Reserve Price: RM30,000

Kereta BMW 318i ini dilelong dengan harga simpanan serendah RM30,000 sahaja!

Mercedes Benz C200 2002 Reserve Price: RM50,000

Kereta Mercedes Benz C200 ini dilelong dengan harga simpanan serendah RM50,000 sahaja!

23 March 2012

Kastam Lelong Kereta.. Part 4..

Lot No: 15
Jenama/Model Kenderaan: Mitsubishi Galant VR-G
Nombor Daftar: PKM1162
Tahun/Kuasa: 2000/1999 S.P.
Harga Simpanan: RM16,000.00



























Belek jangan tak belek.. Perhatikan keadaan enjin, cat, cermin, tayar.. Pendek kata semua sekali sebab kenderaan ini dijual dalam keadaan sedia ada (as-is-where-is basis)

























Daripada no pendaftaran ini, dapat aku merumuskan bahawa kenderaan ini adalah kenderaan yg dibawa daripada negara jiran, Singapura.  Kebanyakan otai mengelar kenderaan ini sebagai "kereta temasek".

Untuk makluman semua adalah menjadi kesalahan untuk membeli kenderaan-kenderaan daripada Singapura lalu dibawa masuk ke Malaysia untuk kegunaan persendirian dalam urusan sehari-hari seperti pergi pejabat, pergi pasar, pergi shopping mall berkelah di tepi pantai dan sebagainya.  Awas! Anda diperhatikan!

Memang harga yang ditawarkan oleh sindiket murah 40% daripada harga di Malaysia tetapi sanggupkah anda melihat kereta ini dirampas oleh pihak kastam?  Ini adalah kerana kerajaan Malaysia tidak pernah mengeluarkan sebarang AP (approved permit) untuk mengimport kenderaan daripada Singapura untuk digunakan di Malaysia.

Daripada permerhatian aku, kereta ini dibawa masuk ke Malaysia pada sekitar Julai 2008 dan kantoi tak lama kemudian.  Pemilik kenderaan ini mungkin telah didenda RM5,000 dan kenderaan dirampas kerana mengelakkan cukai.  

Akibatnya setelah empat (4) tahun perbicaan berlalu, keputusan mahkamah telah dikeluarkan dan pihak Kastam diarah untuk melucuthak kenderaan ini melalui tender bersepadu 1/2012.

22 March 2012

Kastam Lelong Kereta.. Part 3..

Langkah seterus ialah untuk mengenalpasti senarai kereta yg hendak dibida.



21 March 2012

Kastam Lelong Kereta.. Part 2..

Jadi apabila mendapat tahu bahawa pengumuman tender kenderaan lucukhak telah dikeluarkan, maka saya pun terus bergegas ke Kompleks Pencegahan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan senarai kenderaan dan borang tender.  Borang diberi percuma dan boleh dibuat salinan. :)

20 March 2012

Kastam Lelong Kereta.. Part 1..

Yey.. Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba tiba :)

Tender Bersepadu Kenderaan Lucut Hak Kastam Bil. 1/2012
Tarikh mula tender: 10-03-2012 Tarikh tamat tender: 20-04-2012


Untuk rekod, sepanjang tahun 2011 sebanyak 3 tender diadakan iaitu pada:

Tender Bersepadu Kenderaan Lucut Hak Kastam Bil. 1/2011
Tarikh mula tender: 08-03-2011 Tarikh tamat tender: 28-03-2011

Tender Bersepadu Kenderaan Lucut Hak Kastam Bil. 2/2011
Tarikh mula tender: 04-07-2011 Tarikh tamat tender: 25-07-2011

Tender Bersepadu Kenderaan Lucut Hak Kastam Bil. 3/2011
Tarikh mula tender: 09-11-2011 Tarikh tamat tender: 29-11-2011

Berikut adalah senarai kenderaan untuk Tender Bersepadu Kenderaan Lucut Hak Kastam Bil. 1/2012:
BilBuatan KenderaanJumlah (Unit)Tarikh Mula TenderTarikh Tamat Tender
1ALFA ROMEO1 units20-03-201210-04-2012
2AUDI1 units20-03-201210-04-2012
3BMW8 units20-03-201210-04-2012
4DAIHATSU2 units20-03-201210-04-2012
5HICOM1 units20-03-201210-04-2012
6HINO1 units20-03-201210-04-2012
7HONDA17 units20-03-201210-04-2012
8HYUNDAI1 units20-03-201210-04-2012
9ISUZU2 units20-03-201210-04-2012
10JAGUAR3 units20-03-201210-04-2012
11MAZDA5 units20-03-201210-04-2012
12MERCEDES8 units20-03-201210-04-2012
13MINI COOPER1 units20-03-201210-04-2012
14MITSUBISHI5 units20-03-201210-04-2012
15NISSAN9 units20-03-201210-04-2012
16PRODUA1 units20-03-201210-04-2012
17PROTON19 units20-03-201210-04-2012
18ROVER1 units20-03-201210-04-2012
19SAAB1 units20-03-201210-04-2012
20SUBARU4 units20-03-201210-04-2012
21SUZUKI2 units20-03-201210-04-2012
22TOYOTA17 units20-03-201210-04-2012

Sejumlah 110 kenderaan di Setor Penguatkuasaan Kastam Negeri seluruh negara ditender kepada orang ramai  yang berminat..