05 April 2012

Kastam Lelong Kereta.. Part 8..

4/05/2012 03:23:00 PM blogapasaja
Setelah puas hati dengan pemeriksaan yang dilakukan, maka langkah seterunya ialah mengisi borang tender:


































Baca dengan teliti dan fahami syarat-syarat yang ditetapkan:

SYARAT-SYARAT TENDER BERSEPADU 
KENDERAAN LUCUTHAK KASTAM DIRAJA MALAYSIA 
BIL. 1/2012 

1.  Tawaran hendaklah dibuat atas nama pembida / syarikat mengikut borang tawaran yang 
dikeluarkan. Borang tawaran boleh diperolehi dengan percuma dimana-mana Pejabat 
Kastam Diraja Malaysia (Bahagian Penguatkuasaan) yang terlibat dalam tawaran tender 
dan boleh dimuat turun di Laman Web. 

2. Setiap tawaran hendaklah disertakan dengan deposit tender 10% dari harga tawaran (Bukan 10% 
daripada harga simpanan) tertakluk kepada had minima RM 25.00 dan maksima RM10,000.00. 
Deposit tender hendaklah dibuat dengan menggunakan Bank Draf / Banker’s Cheque sahaja atas 
nama ‘ PENGARAH KASTAM NEGERI ’  yang dikepilkan   bersama dengan borang tawaran 
yang telah diisi. Di bahagian belakang Bank Draf / Banker’s Cheque hendaklah dicatitkan nama 
penuh pembida, no. kad pengenalan, alamat dan no. lot kenderaan yang dibuat tawaran dengan 
jelas. Bayaran deposit tender secara tunai, cek persendirian, cek syarikat tidak boleh diterima

3. Setiap lot yang hendak ditender mesti menggunakan borang tawaran dan deposit tender yang 
berasingan. (1 LOT KENDERAAN, 1 BORANG TAWARAN, 1 DEPOSIT TENDER).

4. Pembida hendaklah menyatakan dengan jelas alamat surat menyurat terkini dan tarikh tawaran 
dibuat. Harga tawaran mestilah  ditulis dalam bentuk angka dan perkataan di dalam borang 
tawaran, bilangan nombor lot serta butiran kenderaan yang hendak ditender.

Katakanlah anda berminat untuk membida kenderaan ini:

Lot No: 6
Jenama/Model Kenderaan: Proton / Saga 1.5S
Nombor Daftar: WGP4212
Tahun/Kuasa: 1998/1468 S.P.
Harga Simpanan: RM1,000.00

Contoh bankers cheque:


































Oleh kerana harga simpanan ialah RM1,000.00, anda haruslah membida pada harga lebih tinggi contohnya RM5,000.00 maka anda perlu menyediakan bank draft/banker cheque bernilai RM500.00 (10% X RM5,000.00)  Walau bagaimanapun, tiada sebarang jaminan dengan bidaan ini anda akan MENANG.

Kemungkinan anda menang bidaan lot ini sekiranya:
1. Tiada pembida yang lain membida lot tersebut (menang tanpa bertanding)
2. Tiada pembida yang lain membida pada harga bidaan lebih daripada RM3,000.00
3. Pembida yang lain dengan bidaan lebih tinggi daripada anda tetapi tidak menjelaskan bayaran penuh kepada Kastam dalam masa 14 hari.  Maka pembida kedua tertinggi MENANG bidaan tender tersebut

03 April 2012

Kastam Lelong Kereta.. Part 7..

4/03/2012 11:33:00 PM blogapasaja
Bukan setakat kereta sahaja yang dilelong, malah motosikal, bot, lori dan macam-macam lagi lah.. Kastam rampas, sita dan lelong.. Ulang-ulang balik prosedur tu.. Hasilnya, stor penyimpanan pun hampir-hampir penuh sebab ramai sangat yg melanggar undang-undang negara Malaysia..

Lot No: 4
Jenama/Model Kenderaan: Honda Wave
Nombor Daftar: KDD5722
Tahun/Kuasa: 2004/100 S.P.
Harga Simpanan: RM300.00


























Motorsikal ini dilelong dengan harga simpanan serendah RM300 sahaja.. Walaubagaimanapun, keadaannya amat menyedihkan dan perlukan belanja baik pulih yang agak besar.. Namun begitu pada pendapat saya ianya masih berbaloi kerana berpeluang memiliki motorsikal pada harga bawah RM1,000.00


























No plate asal motorsikal ini ialah KBR967.. Ntah sapalah pemiliknya dan apakah kesalahan yang dilakukan.  Mungkin seludup beras Siam 5-6 guni bawak masuk Malaysia dan dikejar kastam lalu kantoi.

Kastam Lelong Kereta.. Part 6..

4/03/2012 01:49:00 PM blogapasaja
Masih lagi di Setor Penguatkuasaan Alor Setar

Lot No: 6
Jenama/Model Kenderaan: Proton / Saga 1.5S
Nombor Daftar: WGP4212
Tahun/Kuasa: 1998/1468 S.P.
Harga Simpanan: RM1,000.00

Daripada permerhatian aku, kereta ini dibawa masuk ke Malaysia pada sekitar Julai 2008 dan kantoi tak lama kemudian.  Pemilik kenderaan ini mungkin telah didenda RM5,000 dan kenderaan dirampas kerana mengelakkan cukai.

Akibatnya setelah empat (4) tahun perbicaan berlalu, keputusan mahkamah telah dikeluarkan dan pihak Kastam diarah untuk melucuthak kenderaan ini melalui tender bersepadu 1/2012.


























Kereta Proton Saga 1.5S ini harga simpanannya juga RM1,000


























Bahagian belakang


Kastam Lelong Kereta.. Part 5..

4/03/2012 12:44:00 PM blogapasaja
Hari ini aku ke Bahagian Penguatkuasaan Kastam Alor Setar, Kedah

Lot No: 5
Jenama/Model Kenderaan: Perodua Kancil
Nombor Daftar: KBA9406
Tahun/Kuasa: 2001/659 S.P.
Harga Simpanan: RM1,000.00


























Kereta Kancil ni, harga simpanannya cuma RM1,000 sahaja.


























Kemungkinan pemilik kenderaan ini menggunakannya untuk tujuan penyeludupan di sempadan Malaysian/Thailand dan kantoi lalu kenderaan ini disita.  Keadaan kereta masih cantik, cat pun cemerlang lagi, keempat-empat tayar masih berada dalam posisi sebenar (tidak hilang dan tidak berada dalam keadaan yang tidak sempurna)

Maklumat Lanjut

Isikan Form Ini Untuk Mendapatkan Status Terkini Terus Ke Emel Anda

Name Email * Message *